FAKTOR- FAKTOR CABARAN DALAM PENDIDIKAN

 FAKTOR- FAKTOR CABARAN DALAM PENDIDIKAN


Pengaruh Media Sosial

Media sosial boleh memberi kesan yang baik atau buruk berdasarkan cara penggunaan individu tersebut. Namun, media sosial disalahgunakan oleh masyarakat pada masa kini hingga menyebabkan perpecahan dan perbalahan berlaku sesama kaum. Selain itu, kemunculan media sosial yang terlalu meluas menyebabkan remaja mudah terdedah kepada pelbagai maklumat. Kebanyakan maklumat yang mudah didapati di media sosial tidak sesuai untuk diketahui oleh remaja yang masih di bawah umur. Contohnya, masalah sosial seperti pergaulan bebas dalam kalangan remaja adalah yang terdapat dalam media sosial. Sebagai golongan yang masih belum mampu untuk menapis maklumat secarara rasional, remaja akan terpengaruh dengan melibatkan diri dalam gejala sosial.



Pengarauh Rakan Sebaya

Selepas itu, rakan sebaya juga menyumbang kepada pembentukan masyarakat Malaysia tentang pendidikan. Rakan sebaya dapat mempengaruhi tingkah laku remaja. Contohnya, rakan sebaya yang mempengaruhi rakan yang lain kerana usia yang hampir sama membolehkan kepercayaan diperolehi dengan mudah. Oleh itu, remaja mudah terpengaruh dengan sikap dan perbuatan yang tidak baik sehingga menyebabkan diri sendiri terpesong dalam pendidikan dan meningalkan pembelajaran.



Masalah Kemiskinan

Kemiskinan yang bukan lagi menjadi masalah baru yang melanda di negara kita. Memang tidak dapat dinafikan bahawa isu kemiskinan menjadi salah satu faktor utama yang menyebabkan berlakunya jurang pendidikan di negara kita. Walaupun kerajaan telah mengambil inisiatif dalam membendung perkara ini namun ia masih membelenggu masyarakat kita pada hari ini. Ia memberi masalah kepada jurang pendidikan di mana kebanyakan tempat tinggal penduduk luar bandar adalah terletak di kawasan pedalaman. Jarak antara tempat tinggal mereka dan sekolah biasanya sangat jauh. Keadaan ini telah menyusahkan pelajar untuk pergi ke sekolah.

No comments:

Post a Comment

Nilai masyarakat Malaysia

  DIPLOMA KEWANGAN DAN PERBANKAN SESI 2 2022/2023 MPU23042 NILAI MASYARAKAT MALAYSIA TAJUK: CABARAN-CABARAN DARI PENDIDIKAN DALAM MEMBENTUK ...